Sharp Tingkat Piawaian Kehidupan denganPenyelesaian Kesihatan dan Kesejahteraan Hebat

Perbaiki kesejahteraan rakyat Malaysia dengan Program Kesihatan dan Kesejahteraan Cocoro Life

Shah Alam, Selangor, 19 Ogos 2022 (PRNewsGIG/AFTNN) – Berikutan pandemik yang melanda, terdapat peningkatan minat terhadap kesihatan dan kesejahteraan di seluruh dunia. Pengguna kini lebih suka berada di rumah atau bekerja dari rumah.

Tahun lalu, Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (Sharp Malaysia) melancarkan beberapa produk untuk
mod bekerja hibrid dan membantu rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan gaya hidup pasca pandemik.

Gaya hidup pasca pandemik telah banyak memberi kesedaran kepada pengguna untuk memberi lebih
fokus kepada kesihatan, gaya hidup dan alam sekitar. Tahun ini, Sharp Corporation memfokuskan kepada
ESG iaitu Alam Sekitar (Environment), Sosial (Social) dan Tadbir Urus (Governance) dan Kesihatan Digital untuk arah tuju perniagaan korporatnya. Sharp juga meneruskan usaha kearah pertumbuhan lestari yang lebih terperinci, dengan menumpukan kepada penyediaan makanan segar, udara bersih dan air tulen untuk pengguna.

Robert Wu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sharp Malaysia berkata, “Sebagai sebuah syarikat
multinasional yang bertanggungjawab, Sharp mahu memainkan peranannya dalam ekonomi moden masa kini dengan memacu transformasi melalui ESG dengan matlamat yang jelas dan boleh dicapai. Bagi
memastikan ekonomi yang lebih lestari, kukuh dan tenaga kerja yang lebih sihat, kami telah mengguna
pakai empat teras utama dalam arah tuju ESG korporat kami, yang melibatkan Penjagaan Kesihatan Digital, Masa Depan Sifar Karbon Neutral, pengurusan HITO dan Peralihan kepada syarikat global.”
“Kami percaya bahawa memastikan gaya hidup sihat dan menggalakkan sokongan untuk alam sekitar
adalah penting untuk pembangunan lestari, yang seterusnya mewujudkan kesan positif dalam segenap
kehidupan kita. Oleh yang sedemikian, kami mewujudkan satu jabatan baharu yang dikenali sebagai
Penjagaan Kesihatan Digital untuk mengintegrasikan teknologi bagi membangunkan pelbagai produk dan penyelesaian kesejahteraan baharu. Kami komited mewujudkan inovasi dalam bidang kesihatan dan
kesejahteraan yang boleh membantu meningkatkan kesejahteraan pelanggan, rakan perniagaan dan
kakitangan kami,” tambah Wu.

Dalam era norma baharu, permintaan pengguna terhadap persekitaran yang bersih semakin meningkat.
Dengan memanfaatkan Teknologi Ion PlasmaCluster (PCI) miliknya, Sharp memperkenalkan penapis air
mudah alih baharu – Mobile Plasmacluster Ion Generator, untuk memastikan keselamatan pengguna
apabila melakukan aktiviti luar.

Sharp percaya yang rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti amat penting terhadap kesejahteraan diri
individu. Dengan Baby Sharp Air Purifier, Sharp menawarkan persekitaran yang tenang dan selesa
sepanjang tidur malam. Dengan lampu malam yang hangat dan sistem penapisan 3-langkah, kualiti rehat
dan kehidupan pengguna dapat dipertingkatkan dengan pembersihan penuh di sekitar tempat tidur.

Untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan pengguna, Sharp juga memperkenalkan Aroma Diffuser. Ia
mengandungi 3 lapisan lampu dan fungsi pemula automatik. Wap air yang dihasilkan oleh transduser
ultrasonik boleh menghasilkan pergerakan yang menyebabkan air bertukar menjadi titisan air, seterusnya
mengewap dengan baik.

Selain meningkatkan kualiti udara, Sharp Malaysia mendengar permintaan pelanggan terhadap
kebersihan dan keselesaan melalui air yang ditapis. Dengan sistem penapisan 6 peringkat, pengenalan
Wall Mountable UV Water Purifier membuang kotoran dan mikrob, bagi memastikan pengguna dapat
menikmati air tulen dan segar sepanjang masa.

Dengan meletakkan keselamatan pengguna sebagai keutamaan, Sharp Malaysia memperkenalkan
pembuat pensanitasi mudah alih yang 100% semulajadi dan bersih, dimana cecair natrium hipoklorit
membantu membasmi dan membuang 99% bakteria dan virus dalam 1 minit. Selain itu, bagi melindungi
alam sekitar dan menenangkan fikiran, menghasilkan minuman berkarbonat pastinya menjadi pilihan
terbaik. Sharp memperkenalkan pembuat soda yang boleh memerap daging, membuat muffin atau
memasak nasi. Ia juga membantu membersih dengan menggunakan air berkarbonat, membasuh pinggan
mangkuk dengan udara dan air dan membiarkan kotoran dihapuskan dengan bebuih yang dihasilkan.

Sharp juga sedang membangunkan elektrik skuter yang inovatif dan boleh dipercayai dengan
memperkenalkan E-Scooter kepada rakyat Malaysia. Ia didatangkan dengan dua model berbeza; dengan
paparan terbina dan boleh menggunakan kawalan aplikasi untuk membuat navigasi.

Masahiro Okitsu, Pengarah Perwakilan, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pejabat Promosi Perniagaan
Penjagaan Digital, berkata, “Kita hidup dalam zaman dimana teknologi mengubah kehidupan seharian kita.

Di Sharp, kami mengintegrasikan semua teknologi dan inovasi kami untuk mewujudkan penyelesaian
penjagaan kesihatan digital masa depan yang meningkatkan keselamatan udara, air bersih, makanan sihat
dan mesra alam sekitar untuk pengguna dan rakan perniagaan kami.”

Dibangunkan oleh teknologi maju Jepun, Sharp Corporation turut melancarkan produk inovatif BiteScan.
Digunakan sebagai pengukur tabiat pemakanan peribadi, ia adalah meter pengunyahan yang
membolehkan pengguna meletakkannya di telinga mereka ketika sedang makan – untuk mengukur
jumlah dan kadar kunyahan, serta kedudukan rahang ketika mengunyah. Pengguna boleh memeriksa
keputusan mereka di aplikasi BiteScan untuk memudahkan mereka melihat perubahan trend dalam tabiat
makan.

Sharp Corporation juga meningkatkan produk perubatan dengan memperkenalkan Medical Listening Plug (MLP) yang direka untuk mereka yang mengalami masalah pendengaran tahap rendah hingga sederhana. Ia memenangi 2021 Good Design Award; dimana MLP menepati persekitaran perniagaan untuk generasi yang aktif dengan rekabentuk yang formal. Selain digunakan sebagai alat bantu dengar, pengguna juga boleh mendengar bunyi dan muzik daripada video dan menjawab panggilan, sama seperti penggunaan fon telinga tanpa wayar.

Ekosistem Kesihatan dan Kesejahteraan Cocoro Life – Program kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh
Sharp sentiasa berusaha menghasilkan dan membangunkan penyelesaian terbaik dalam pelbagai aspek
berbeza untuk pengguna dan rakan perniagaannya. Sharp sangat mementingkan kesihatan dan
kesejahteraan rakan niaga dan pelanggannya. Bekerjasama dengan jenama anak syarikatnya, Cocoro Life,
Sharp menampilkan Ekosistem Kesihatan dan Kesejahteraan Menyeluruh melalui satu lawatan
pengalaman kesihatan.

Ekosistem baru ini menawarkan ekosistem saringan kesihatan yang lengkap. Ia memfokuskan enam teras
utama yang membentuk asas kepada Penyelesaian Kesihatan iaitu Pendidikan (Education), Pengesanan
Awal (Early Detection), Nasihat Kesihatan (Health Advice), Sumber (Input), Pengeluaran (Output) dan
Penyelenggaraan (Maintenance). Ia mengintegrasikan laporan kesihatan, nasihat pakar pemakanan dan
program kesihatan dan kecergasan yang boleh diakses dalam satu platform.

Encik Ting Yang Chung, Pengarah Urusan, Sharp Electronics Malaysia (SEM) berkata, “Memandangkan kita
kini berada dalam fasa endemik, kami percaya ia adalah tanggungjawab kami untuk mewujudkan
penyelesaian yang praktikal dan kepakaran teknologi untuk meningkatkan pengalaman dan kualiti
kehidupan pengguna dan rakan perniagaan kami. Kami ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada rakan perniagaan kami, berikutan Ekosistem Kesihatan dan Kesejahteraan yang julung kali
dilancarkan dalam lawatan pengalaman kesihatan ini.”

“Bekerjasama dengan hospital swasta dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan utama, kami
berhasrat menawarkan rakan perniagaan kami dengan penyelesaian dan perkhidmatan kesihatan yang
menyeluruh. Dengan pengalaman yang dimiliki Sharp dan kemampuan dalam menyampaikan nilai hebat
kepada pengguna, daripada produk sehinggalah penyelesaian elektrik, kami yakin untuk berkongsi
teknologi dan penyelesaian canggih ini dengan lebih meluas bagi meningkatkan gaya hidup yang sihat dan sejahtera di kalangan rakyat Malaysia,” tambah Ting.

Selain bekerjasama dengan rakan perniagaan tempatan, Cocoro Life juga mencari peluang kerjasama
dengan rakan perniagaan antarabangsa sepertu H2U yang merupakan Syarikat Kesihatan Digital No.1 di

Taiwan dan Tatung, yang merupakan jenama periuk masak pelbagai fungsi No. 1 di Taiwan untuk sama-
sama mewujudkan kandungan kesihatan dan penyelesaian perniagaan.

Share this:
Share

Facebook Comments

By Admin, AsiaFitnessToday

Hi! I'm Ursula Lee, writer and community manager at Asia Fitness Today. I love my food, my cat and my fitness regime :)

Creative Commons License
Except where otherwise noted, © GoInternationalGroup.com on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.