Site icon Asia Fitness Today

Dahaga? Jangan sampai tahap dehidrasi

Dahaga? Jangan sampai tahap dehidrasi

Pentingnya air dalam badan kita dalam menjalani aktiviti seharian! Semua orang mempunyai pengetahuan bahawa hidrasi adalah sangat penting dalam tubuh badan kita. Hal ini kerana, setiap aktiviti yang kita lakukan akan memerlukan kuantiti air yang banyak dalam badan. Jika tubuh badan kita dalam keadaan dehidrasi, ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga dalam badan. Selain itu, ianya juga akan menyukarkan kita untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian kita seperti bersenam, bekerja serta dalam menggunakan otak untuk berfikir.

Disebabkan itu, jikalau kita perhatikan pelajar-pelajar, pekerja-pekerja serta para atlet sangat mementingkan air sepanjang mereka melakukan aktiviti harian mereka. Mereka tidak akan lupa untuk membawa sebotol air dalam melakukan aktiviti harian mereka. Dalam satu keratan akhbar Harian Metro ada menyatakan air bersih boleh merangsang system pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan mengurangkan risiko terhadpa jangkitan.

Menurut artikel guesehat.com, salah satu hal yang perlu kita ketahui tentang hidrasi badan adalah tubuh yang kekurangan cairan tidak hanya boleh dilihat dari warna urin. Menurutnya lagi, warna urin yang kita keluarkan belum tentu sesuai menggambarkan keadaan hidrasi
tubuh yang tengah dialami. Faktor luaran yang lain seperti makanan, minuman serta pengambilan vitamin dan mineral turut dapat mengubah warna urin menjadi lebih pekat.

Dehidrasi sangatlah penting untuk dijaga, sepertimana yang telah dinyatakan diatas kesan- kesan sampingannya. Konklusinya, sentiasa membawa sebotol air putih kemana jua kita pergi walaupun tidak melakukan aktiviti yang berat. Seterusnya, air putih juga mempunyai banyak khasiat untuk badan kita. Nantikan artikel seterusnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nutrisi makanan yang baik.

Artikel ini disusun oleh tim Asia Fitness Today yang mengambil inspirasi dari laman web Guesehat dan Harian Metro.

Share this:
Exit mobile version